Santapan
Rohani
Zikir Merupakan
Sumber Kekuatan
Firman
Allah SWT :
"......Ketahuilah dengan
mengingati Allah itu hati menjadi tenang" (ar-rad:28)
Firman Allah SWT :
"Dan Kami lebih dekat kepadanya dari
urat lehernya sendiri" (al-qaf:16)
Firman Allah SWT :
"Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku
ingat kepadamu (al-baqarah:152)
Dengan cara berzikir sahajalah maka hakikat kekotoran hati
dapat disucikan dan perlu ditegaskan bahawa tidak ada cara atau jalan lain untuk
mengenali Allah melainkan dengan cara menyuci hatinya.
Firman
Allah SWT:
" Hanya dengan berzikir kepada Allah lah sahaja yang boleh
membersihkan hati" (Ar-Ra'du:28)
Dengan zikirlah kita akan memperolehi
pengetahuan hakikat kejadian manusia dan makrifat dengan Allah
SWT.
Dan katakanlah: "Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan
kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu
tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan".
(An-Naml:93)